Tiket bas ekpress untuk balik ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan telah habis dijual samada secara dikaunter atau secara online. Padahal bulan ramadhan baru bermula. Ini merupakan fenomena biasa di musim perayaan kerana ramai anak perantauan negeri Kelantan yang berada di serata semenanjung samada bekerja atau belajar.
Namun masih ada tiket2 tetapi tiket ini untuk bas tambahan. Kemungkinan bas-bas tambahan ini akan ditambah lagi untuk kemudahan mereka yang nak balik ke kampung sebelum hari raya. Selain itu ada juga alternatif seperti menggunakan keretapi atau kapal terbang. Atau boleh juga menumpang kenderaan seperti kereta mereka yang nak pulang ke Kelantan.
Itulah fenomena yang biasa berlaku semasa musim perayaan, mungkin keretapi laju perlu disediakan oleh pihak kerajaan antara Kuala Lumpur ke Kelantan supaya senang nak balik ke Kelantan. Hehe. Namun kosnya sangatlah besar. Tak tahu lah bila boleh dilaksanakan. Sekarang ni jalan raya pun agak sempit dan berbahaya.
Apapun selamat berpuasa k..
ย